10 December 2009

Marina? Siti Nurhaliza? Huhhh!

Aku dah lama nak post blog pasal ni, tapi asyik tertangguh ja.. Topik pasal Marina, Siti Nurhaliza..Marini tuh kakak aku laa.. Baru-baru ni masa hari raya haji, aku rasa macam aku bukan aiza..aku rasa aku MARINA! Kakak aku...Sebab satu keluarga aku, jiran-jiran, sepupu2, semua laaa dok panggil aku MARINA! Depa cakap muka aku macam Marina.. (-____-)

Lepas tu.. Minggu lepas p Perak.. Tengah amek gmbar.. Ada satu photographer ni asyik tengok aku..pastu dia panggil aku...

S:Muka u macam Siti Nurhaliza la..
A:(-___-) ...............................
S:Betul I tak tipu la.. Semalam u tak pakai mekap, i tak perasan.. harini mekap plak!
A:.........................
S:Jangan marah yanggg....
A:Ehehehehehe..... lawa la? (perasan habisss!!!)









Yang atas dah sah2 gmbar kakak aku.. yang bawah tu aku laa.. aku sengaja rosakkan gmbar ni, sebab aku target nak letak gmbar aku pakai tudung hanya untuk tatapan bakal mak mertua aku! hahhahaha.

Aku rasa macam nk duduk dalam kesedihan balik la.. Sebab tengah seronok ni.. ada satu benda yg akan berlaku.. Aku asyik emo ni sejak sebulan yg lalu.. Nasi pun aku tak makan! Aku makan bila keluar.. betul2 lapaq.. Kesannya sekarang ni aku tengok nasi pun tak lalu.. hahaha..Pagi-pagi bangun jalan kat Jelutong Drive.. Sampai ramai orang tgoq aku.. Ehhh ehh apa pasal dah nmpak kecut?? Sedar2..aku turun 8kilo..perhhhh.. Baju2 yg dulu takleh pakai, dah boleh pkai dah... Tapi sekarang aku rasa macam...dah berisi balik.. makin menjadi plakk.. Alaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!! Nak buat macam mana ni?? Aku mesej kat facebook Dave Nuku, dia tak reply lagi! Sibuk dengan biggest looser asia la tuh kot.. Huhuhuhuh!


09 December 2009

Michael Buble - HOME



This song is so beautiful.. and michael's voice is so sweet...it's definitely his best song. it makes me sad everytime i hear it, but in a good way =) the more i hear it, the more i fall in love with him! Sorry Tasha! This song is so wonderfully meaningful... i love you Buble!

08 December 2009

Quando Quando Quando

Ehh ehh aku dah ok! Aku tak sedih, aku tak down, aku leh senyum ni =) =)

Bayangkan, semalam ramai orang msg teman aku macam2. Sebelum tu keluar dengan Intan, Roro, Malik. Tengah malam, aku rasa macam ada satu gerombolan serang aku, bukan serang nak pukul tapi serang nak pulihkan aku, Tasha Nadia Dahlia Zuza Sonia Yaya banyak lagi! Semalam aku rasa sungguh LESBIAN sebab aku sayang orang orang ni macam apa2 ja.. hahaha! Perempuan2ku, uolls semua boleh tengok sekarang mata I bersinar-sinar macam ada bling bling ja, hehehehe!

Tasha, sorry... aku memang dah jatuh cinta dengan Michael Buble.... =p

Harini keluar dengan Adil p jalan-jalan cari anak angkat, p tengok hamster, arnab, anjing dan juga tidak ketinggalan ular.... (-__-) Adil, lain kali kalau ada ular plizz bagitau aku awal-awal, lemah semangat dibuatnya tadi! Pastu jalan-jalan Gurney Plaza makan kt Mcd, takda mamat2 hensem plak harini, maybe sebab Adil ada haihhhhh.. Lepas kira bajet dan semua aku rasa macam nak bela hamster lepas aku balik kl =) Yeayyyyyy! Thanks Adil tadi teman aku, sembang-sembang, aku lupa pasal pantun kita tadi.. hahahaha i love you Adil!

Sekarang aku rasa macam boleh nak tendang mesin jahit baju mak aku, hahaha! Tak kisahla apa jadi lepas ni, janji aku ada ramai gf, bf skrang... =) =) =) Tambah2 plak semalam ada tragedi bahagia berlaku bila aku sebut Quando Quando Quando.



***Michael Buble-Feeling Good
(aku sekarang kerap dengar lagu ni)




06 December 2009

Sebatang Jalan....


Di sebatang jalan yang lurus...

Kosong....

Tiada apa pun...

Aku berdiri seorang diri....

Melihat jalan belakang yang penuh dengan kenangan...

Melihat jalan depan..

Satu jalan baru yang harus aku bermula..

Baru aku perasan..

Jalan lama ada tongkat yang bagi aku berdiri kuat...

Jalan depan... takda tongkat...






Akan bersambung......

03 December 2009

Terharu Terkedu Buat Seketika

Sebelum-sebelum ni aku pakai speedlite dari Abah, nak beli sendiri tak mampu T___T


Tadi aku pesan kat abah suruh beli ubat batuk, demam, selesema memandangkan semua ubat aku dah makan sampai habis tapi tak sembuh-sembuh lagi! Esok plak nak kena p Simpang Pulai, ada wedding dua hari kat sana, kemungkinan besar aku bermalam disana. Rasa patah semangat sikit pun ada, sakit-sakit mana ada mood nak buat kerja T___T


Tunggu punya tunggu, abah pun baru sampai rumah. Abah menghulurkan sebuah kotak kepada aku, tersenyum sengih jugakla aku sebab ingat ada D90 dalam tueee!!!! Tapi hairanlah jugak.. awat kecik semacam ja kotak tu.. Kaler putih plak tu... Bila bukak ja...
















Speedlite yang aku nanti-nanti selama ini

Aku menangis gembira dalam hati =')

Pada mulanya aku minta SB 800, SB 900 tapi lepas abah tunjuk kesan-kesan negatif selepas memakai SB SB tersebut, aku putuskan untuk mengambil Metz!!!

Bye! I nak kobek-kobek benda ni jap! Tak terer lagi! =)

Satu Keputusan yg Muktamad.

Sejak sebulan lepas, aku tengok ramai kawan sebaya aku dah pegang anak. Aku memang suka baby. Timbul pula perasaan teringin ada anak sendiri. Sebelum ni pun memang aku dengan B merancang ingin mengambil dan membela anak angkat. Memandangkan hubungan kami berdua tergantung seketika, aku yakin aku mampu bela anak ini sebaik mungkin tanpa kasih sayang daripada ayah. Semalam aku dah bersuara kepada ibu bapa aku tentang hasrat aku ingin membela anak. Mereka agak tergamam seketika, lama kemudian selepas aku terangkan segalanya, mereka faham dan akur dengan keputusan aku.


Beberapa hari yang lepas aku dah buat goggle segalanya tentang anak-anak yang bakal aku bela ini. Anak-anak? Yea sebab aku akan bela anak lebih dari satu. Aku dah tengok pelbagai rumah yang mewah untuk tempatkan mereka. Aku dah tahu macam mana nak didik mereka untuk menjadi bijak. Aku dah buat segala persediaan untuk pastikan anak-anak aku yang paling bahagia dalam dunia dan untung mempunyai aku. Aku dah sedia dari segi fizikal dan mental untuk melalui saat-saat itu walaupun usia aku masih muda lagi, muda sangat-sangat.


Selain dari itu, niat aku untuk membela anak-anak ini adalah untuk kembali menjernihkan hubungan aku dengan B. Aku percaya bila saat-saat itu berlaku, kami akan berubah. Aku takkan lagi membuang masa aku dengan melepak di tempat anak-anak orang kaya sambil mencari jejaka-jejaka berambut blonde, bermata biru, setiap masa dengan camera sehingga hubungan kami terabai, begitu juga dengan B sentiasa menghabiskan masa dengan alat-alat muziknya dan pergi ke pub bersama-sama kawan.


Mungkin hujung tahun ini atau awal tahun depan aku akan mengambil anak-anak angkat, memandangkan sekarang ni aku agak sibuk. Cuma aku masih pening.. keliru.. anak yang mana satu harus aku ambil....




































anak hamster? anak arnab? atau anak anjing???? Ketiga-tiga ini sangat comel!








Sila beri cadangan!

30 November 2009

Penutup November yang Malang.

Baru-baru ni aku, adil, dahlia dah umumkan bahawa bulan November ni bulan malang untuk kami bertiga. Ini bulan wa cakap sama lu semua, kita tiga olang talak itu ong ok! Harini hari terakhir dalam bulan November, esok dah Disember. Aku harap2 sangat bulan Disember ni lebih baik dari bulan November. Mungkin sekali lagi tuhan nak menguji aku. Penutup November yang jatuh pada harini, betul betul malang punya kena kat aku!

Sejak kemarin aku dok batuk-batuk kering, lepas tu muntah! Muntah tu ok lagi, batuk tu sungguh menyeksakan sampai suara aku jadi serak serak basah, kalau nyanyi pun confirm album I meletupppp!!!

Cuaca sekarang tak menentu, panas sangat. Aku pun banyakkan minum air kosong. Tadi aku tadah botol air kat sinki, mesin tapis air aku tu macam kambing sikit, kena tunggu lama baru air tu full satu botol. Sementara tunggu penuh, aku pun online la kejap. Tiba-tiba dengar bunyi botol tu jatuh, aku teralit sampai tak sedar dah full air. Aku pun berlari-lari dengan pantas menuju ke dapur dengan harapan dapat selamatkan air dari jatuh mencurah-curah ke lantai, malangnya air tu memang dah jatuh mencurah-curah sampai aku tak sedar, terus tergelinciaq (tergelincir). Cuba bayangkan, aku tergelinciaq, macam buat satu slide yang panjang.. dari sinki tu sampai aku langgar peti sejuk! Bunyi toksah dok habaq laa.. segala periuk belanga semua bunyi!!! Yang aku heran, Mama boleh tak sedaq dari tidoq masa aku jatuh yang punya maha dahsyat!!!!! Tapi nasib baik la jugak dia tak sedar, kalau tak confirm kena bising macam2!

Sakit tu.. Memangla sakit, kena sinki dengan peti sejuk! Aduhhh tahan sajalaa... Sebab lepas tu nak kena p nasi lemak liverpool, jumpa Abang Helmi.. Nak kawen dah.. Tak sangka.. dulu masa kecik2, dia la dukung aku (di zaman ringan!) naik basikal sama2, sekarang dah besar.. Aku plak amek gambar dia kawen nanti.. huhuhuhu. Kat nasi lemak liverpool tu.. masa tengah tunggu Abang Helmi sampai.. Satu lagi malapetaka jadi kat aku.. Ada sekor kerengga gigit jari kaki aku! Kat jari hantu! Aduhh bisa diaaaa... Ya Allah! Sekarang ni boleh nampak jari kaki tengah aku ni membesar! Beza dengan kaki kiri! Tengah taip ni pun dok nyut nyut lagi! Nak nangeh pun ada (T__T)

Kena batuk kering,muntah! Tambah plak jatuh kat dapur aku jalan pun tak lurus, kena gigit kerengga, lagi la tak betoi jalan aku!!! Memang betul2 malang penutup November aku.. Dah.. aku nak stop taip.. nak p sapu minyak!